Monday, November 8, 2010

Enjin 4 lejang

4 stroke cylce

Macam mana pembakaran dalam enjin berlaku?

Semua enjin kereta direkabentuk untuk menggunakan kitaran 4 lejang pembakaran. Lejang tersebut adalah lejang masukan, lejang mampatan, lejang kuasa dan lejang ekzos. Perjalanan petrol dari tangki minyak selepas melalui penapis akan memasuki blok enjin dari pemancit (injector). Pada ketika ini, percampuran petrol dan udara akan berlaku dengan nisbah yang sesuai. Berikut adalah kejadian yang berlaku dalam kebuk pembakaran (blok enjin).

Peringkat 1 - Lejang masukan
Injap masukan terbuka. Piston bergerak ke bawah dan menyedut campuran udara-petrol (udara sahaja bagi enjin diesel) ke dalam kebuk pembakaran.

Peringkat 2 - Lejang mampatan
Kesemua injap masukan dan ekzos tertutup. Omboh bergerak ke atas dan memampatkan campuran udara-bahan api (udara sahaja bagi kes enjin diesel). Pada penghujung lejang mampatan, palam pencusuh dinyalakan bagi membakar campuran udara-bahan api tetapi dalam enjin Diesel, minyak diesel disuntik ke dalam silinder dalam bentuk kabus pada penghujung lejang mampatan.

Peringkat 3 - Lejang kuasa
Campuran udara-bahan api terbakar disebabkan pembakaran oleh bunga api palam pencucuh (bagi enjin petrol) atau suhu tinggi akibat mampatan udara sehingga minyak diesel terbakar sendiri (bagi enjin diesel). Pembakaran campuran tersebut menyebabkan gas-gas terbakar di dalam kebuk pembakaran mengembang dan seterusnya menolak omboh ke bawah, menghasilkan kuasa kepada enjin.

Peringkat 4 - Lejang ekzos
Injap ekzos terbuka. Omboh bergerak ke atas dan menyingkirkan gas-gas ekzos keluar dari kebuk pembakaran.

Unrivaled Driving Skill



Pernah bawak kereta korg mcm ni? memang respek ah dengan mamat nih cara dia bawak kereta. fuh,power siyutt..kalo sume org mesia bawak kete cmni, memang sifar kemalangan lah di negara kita...kuang3x

Close-Up Shooting


Cuba teka gambar apa?

Subjek ni telah ditembak dari jarak dekat menggunakan hanya kit lens 18-55mm...di sini kita dapat nampak aplikasi bokeh digunakan sepenuhnya walaupun keadaan masa itu cahaya tidak mencukupi. Tiada sebarang penggunaan cahaya tambahan dilakukan.

Pemantapan J41 (VTO)

Setelah hampir setahun blog nih aku tak jenguk, akhirnya aku kembali semula. Wujud lagi rupanya blog aku neh. Itu pun sebab kehendak assignment kursus yang aku follow. Kursus Pemantapan J41 - VTO (Vocational Training Officer). Salah satu kelas yang diambil masa kursus ini ialah Kelas AVA (Audio Visual Aids) yang mengajar kita menggunakan alat bantuan mengajar secara berkesan. Salah satu pendekatan adalah penggunaan blog ni lah. So, secara tak sengaja aku kembali semula menjenguk blog ini..muahahahaha

Tuesday, December 15, 2009

1st entry.....

testing my 1st ever blog..

blog ini akan menjadi tempat menyatakan sesuatu dari sudut perspektif minda aku, melalui tingkap pandangan aku, THRU MY WINDOW!....